Pasukan saya telah menang - Hiddink

LONDON - Chelsea sebenarnya telah berjaya menewaskan Barcelona sebanyak dua kali di bawah kendalian Guus Hiddink!
Itu keputusan yang terbayang di dalam kepala Hiddink ketika dia membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan sebenar separuh akhir pertama Liga Juara-Juara bertemu Barcelona di Nou Camp awal pagi esok.
Persiapan keterlaluan pengendali dari Belanda itu merangkumi pelbagai ramalan bentuk perlawanan dalam fikirannya, mencuba beberapa susunan pemain, formasi dan juga taktikal.
Apa yang paling dirisaukan Hiddink adalah untuk mempertaruhkan Jose Bosingwa di posisi bek kiri untuk berdepan Lionel Messi tetapi dia yakin pemainnya itu sudah bersedia menggalas tugas tersebut.
Meskipun tidak mahu berbicara lanjut, pengurus sementara Chelsea itu tetap berkeyakinan tentang peluang pasukannya ketika bertemu 'pasukan terbaik di dunia' itu nanti.
"Anda boleh memikirkannya di dalam kepala. Saya telah menentang Barcelona sebanyak dua kali di dalam kepala saya.
"Pada kedua-dua perlawanan itu, saya tidak mengalami kekalahan. Tapi untuk perlawanan sebenar, kami kena lebih fokus dan Bosingwa perlu berkerja keras menghalang Messi," kata Hiddink.
Hiddink turut sedar, bukan Messi seorang saja ancaman besar buat pasukannya tetapi semua pemain Barcelona turut berbahaya jika tidak diambil perhatian.
"Kami akan menentang sebuah pasukan terbaik di Eropah dan mungkin juga terbaik di dunia buat masa ini.
"Kedua-dua pasukan akan bermain secara menyerang. Sama seperti ketika kami bertemu Manchester United dan Liverpool," jelas Hiddink. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2008 Kelatefc n Chelseafc: Pasukan saya telah menang - Hiddink | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top